Kursus Animasi

12 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 11 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus animasi bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kursus ini diadakan dengan kolaborasi bersama pihak Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED). Sehubungan itu, kursus ini telah disertai oleh 25 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 60 tahun.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara untuk menghasilkan flash animation yang pendek. Peserta diajar menggunakan software Swish Max4. Setiap peserta diberi peluang untuk menunjukkan tahap kreativiti mereka untuk menghasilkan satu animasi flash dalam masa yang ditetapkan. Sepanjang penghasilan animasi flash, peserta dibimbing oleh tenaga pengajar supaya mereka faham apa yang mereka lakukan dan pelajari.

Antara kebaikan yang diperoleh dari kursus ini ialah peserta menjadi seorang yang celik IT kerana tahu menggunakan teknologi moden yang ada untuk membantu mereka mempromosikan produk mereka dan meluaskan target pasaran mereka. Selain itu, peserta menjadi aktif untuk bertanyakan soalan dan terus belajar untuk memperbaiki diri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali